Nama-nama Hari Akhirat
a. Yaumuddin - Hari Pembalasan
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan.
(Al-Fatihah.1:4)
b. Al-Akhirah - Hari Akhirat
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
(Al-Baqarah.2:4)
c. Yaumul Qiyamah - Hari Kiamat
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat
(Al-Qiyamah.75:1)
d. As-Sa’ad
قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءَتْهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً قَالُوا يَا حَسْرَتَنَا عَلَىٰ مَا فَرَّطْنَا فِيهَا وَهُمْ يَحْمِلُونَ أَوْزَارَهُمْ عَلَىٰ ظُهُورِهِمْ ۚ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ
Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.
(Al-An’am.6:31)
e. Yaumul Hasyr - Hari Penyesalan
وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
(Maryam.19:39)
f. Al-Mi’ad = Tempat Kembali
إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ ۚ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ مَن جَاءَ بِالْهُدَىٰ وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: "Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata".
(Al-Qasas.28:85)
g. Yaumul Ba’ts = Hari Kebangkitan
وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالْإِيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَىٰ يَوْمِ الْبَعْثِ ۖ فَهَٰذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَٰكِنَّكُمْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: "Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal - menurut ketetapan Allah - sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya)".
(Ar-Rum.30:56)
هَٰذَا يَوْمُ الْفَصْلِ الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ
(Lalu malaikat berkata kepada mereka): " Inilah hari keputusan yang kamu selalu mendustakannya.".
(As-Saffat.37:21)
i. Yaumuttalaq = Hari Pertemuan
رَفِيعُ الدَّرَجَاتِ ذُو الْعَرْشِ يُلْقِي الرُّوحَ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ لِيُنذِرَ يَوْمَ التَّلَاقِ
Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy; Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,
(Ghafir.40:15)
j. Yaumul Jam’I = Hari Perhimpunan
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَىٰ وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
(Ash-Shuraa.42:7)
k. Yaumul Wa’id = Hari Ancaman
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمُ الْوَعِيدِ
Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari terlaksananya ancaman.
(Qaf.50:20)
l. Al-Waqi’ah = Hari Terjadinya/Berlakunya(kiamat)
إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
Apabila berlaku hari kiamat itu,
(Al-Waqi’ah.56:1)
m. Yaumut Taghabun = Hari Perhimpunan
يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الْجَمْعِ ۖ ذَٰلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(Ingatlah) hari (dimana) Allah mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan, itulah hari dinampakkan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghabun.64:9)
n. Al-Haqqah = Hari Kenyataan
الْحَاقَّةُ
Hari Kenyataan
(Al-Haqqah.69:1)
o. Al-Qari’ah = Hari Kegemparan
كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالْقَارِعَةِ
Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.
(Al-Haqqah.69:4)
فَإِذَا جَاءَتِ الطَّامَّةُ الْكُبْرَىٰ
Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar,
(An-Nazi’at.79:31)
q. Ash-Shakhkhah = Hari Yang Memekakkan
فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ
Dan apabila datang suara yang memekakkan
(An-Abasa.80:33)
r. Al-Gasyiyah = Hari Huru-Hara
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari yang huru-haranya meliputi?
(An-Ghashiyah.88:1)
Tanda-tanda Sebelum Hari Kiamat
هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا أَن يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِّنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
(Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.
(Al-Baqarah.2:210)
وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ
Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.
(An-Naml.27:82)
فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُّبِينٍ
Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap yang jelas nyata
(Ad-Dukhan.44:10)
يَغْشَى النَّاسَ ۖ هَٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ
Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan"
(Ad-Dukhan.44:11)
يَوْمَ تَمُورُ السَّمَاءُ مَوْرًا
Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.
(At-Tur.52:9)
وَتَسِيرُ الْجِبَالُ سَيْرًا
Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
(At-Tur.52:10)
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
(Al-Qamar.54:1)
0 comments:
Post a Comment