Sunday, February 13, 2011

IMAN: Beriman kepada Allah (bhg. 3)

Cubaan & Ujian


وَاتَّقُواْفِتْنَةًلاَّتُصِيبَنَّالَّذِينَظَلَمُواْمِنكُمْخَآصَّةًوَاعْلَمُواْأَنَّاللّهَشَدِيدُالْعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
(Al-Anfal. 8:25)


وَاعْلَمُواْأَنَّمَاأَمْوَالُكُمْوَأَوْلاَدُكُمْفِتْنَةٌوَأَنَّاللّهَ عِندَهُأَجْرٌعَظِيمٌ

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah sebagai ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(Al-Anfal. 8:28)


وَقُلرَّبِّأَعُوذُبِكَ مِنْهَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ

Dan katakanlah:` Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan syaitan.
(Al-Mu’minun. 23:97)


وَأَعُوذُبِكَ رَبِّأَنيَحْضُرُونِ

“Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, dari dihampiri syaitan kepadaku”.
(Al-Mu’minun. 23:98)


وَإِمَّايَنزَغَنَّكَمِنَالشَّيْطَانِنَزْغٌفَاسْتَعِذْبِاللَّهِإِنَّهُ هُوَالسَّمِيعُالْعَلِيمُ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Fussilat. 41:36)


Balasan


فَالَّذِينَآمَنُواوَعَمِلُواالصَّالِحَاتِلَهُممَّغْفِرَةٌوَرِزْقٌكَرِيمٌ

Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh keampunan dan rezeki  yang mulia.
(Al-Hajj. 22:50)


وَالَّذِينَسَعَوْا فِيآيَاتِنَامُعَاجِزِينَأُوْلَئِكَأَصْحَابُالْجَحِيمِ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.
(Al-Hajj. 22:51)


وَقَالَرَبُّكُمُادْعُونِيأَسْتَجِبْ لَكُمْإِنَّالَّذِينَيَسْتَكْبِرُونَعَنْعِبَادَتِيسَيَدْخُلُونَجَهَنَّمَدَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Al-Mu’min/Ghaffir. 40:60)


أُوْلَئِكَأَصْحَابُالْمَيْمَنَةِ

Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan (yang akan beroleh Syurga)
(Al-Balad. 90:18)


وَالَّذِينَكَفَرُوابِآيَاتِنَاهُمْ أَصْحَابُالْمَشْأَمَةِ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri
(Al-Balad. 90:19)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي

وَالشَّمْسِوَضُحَاهَا [1]
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
وَالْقَمَرِإِذَاتَلَاهَا [2]
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
وَالنَّهَارِإِذَاجَلَّاهَا[3]
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
وَاللَّيْلِإِذَايَغْشَاهَا[4]
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
وَالسَّمَاءوَمَابَنَاهَا[5]
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh – yang melambangkan kekuasaanNya);
وَالْأَرْضِوَمَاطَحَاهَا[6]
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
وَنَفْسٍوَمَاسَوَّاهَا[7]
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
فَأَلْهَمَهَافُجُورَهَاوَتَقْوَاهَا[8]
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
قَدْأَفْلَحَمَنزَكَّاهَا[9]
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
وَقَدْخَابَ مَندَسَّاهَا[10]
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

(Asy-Syams. 91:1-10)



Taubat


إِلاَّالَّذِينَتَابُواْوَأَصْلَحُواْوَبَيَّنُواْفَأُوْلَئِكَأَتُوبُ عَلَيْهِمْوَأَنَاالتَّوَّابُالرَّحِيمُ

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah. 2:160)


فَمَنتَابَ مِنبَعْدِظُلْمِهِوَأَصْلَحَفَإِنَّاللّهَيَتُوبُعَلَيْهِإِنَّ اللّهَغَفُورٌرَّحِيمٌ

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (mencuri) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ma idah. 5:39)


وَالَّذِينَعَمِلُواْالسَّيِّئَاتِثُمَّتَابُواْمِنبَعْدِهَاوَآمَنُواْإِنَّرَبَّكَ مِنبَعْدِهَالَغَفُورٌرَّحِيمٌ

Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-A’raf. 7:153)


وَأَنِاسْتَغْفِرُواْرَبَّكُمْثُمَّ تُوبُواْإِلَيْهِيُمَتِّعْكُممَّتَاعًاحَسَنًاإِلَىأَجَلٍمُّسَمًّىوَيُؤْتِكُلَّ ذِيفَضْلٍفَضْلَهُوَإِنتَوَلَّوْاْفَإِنِّيَأَخَافُعَلَيْكُمْعَذَابَيَوْمٍكَبِيرٍ

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
(Hud. 11:3)


رَّبُّكُمْأَعْلَمُبِمَا فِينُفُوسِكُمْإِنتَكُونُواْصَالِحِينَفَإِنَّهُ كَانَلِلأَوَّابِينَغَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
(Al-Israa’. 17:25)




Memohon Ampun (Istighfar)


فَاصْبِرْإِنَّوَعْدَاللَّهِحَقٌّ وَاسْتَغْفِرْلِذَنبِكَوَسَبِّحْبِحَمْدِرَبِّكَبِالْعَشِيِّوَالْإِبْكَارِ

Maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.
(Al-Mu’min/Ghaffir. 40:55)


تَكَادُالسَّمَاوَاتُيَتَفَطَّرْنَمِنفَوْقِهِنَّوَالْمَلَائِكَةُيُسَبِّحُونَبِحَمْدِرَبِّهِمْوَيَسْتَغْفِرُونَلِمَن فِيالْأَرْضِأَلَا إِنَّاللَّهَهُوَالْغَفُورُالرَّحِيمُ

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana kebesaran Allah); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(As-Syuraa. 42:5)



فَاعْلَمْأَنَّهُ لَاإِلَهَإِلَّا اللَّهُوَاسْتَغْفِرْلِذَنبِكَوَلِلْمُؤْمِنِينَوَالْمُؤْمِنَاتِوَاللَّهُيَعْلَمُمُتَقَلَّبَكُمْوَمَثْوَاكُمْ

Maka ketahuilah, bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
(Muhammad. 47:19)



وَبِالْأَسْحَارِهُمْيَسْتَغْفِرُونَ

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah.
(Az-Zariyat. 51:18)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...